
02 laila's lounge - mawar khayalan
03 harmacy - riuh
04 dragon red - k.a.m.i (kerana aku masih ingat)
05 couple - hey now!
06 meor - hari hari autistik
07 twickheads - guris
08 telebury - stars belong to us
09 love me butch - this is our year
10 sharidir - kamu
11 bittersweet - going into the big black hole
12 koffin kanser - berong
13 the aggrobeats - we got soul
14 they will kill us all - secret episodes
15 butterfingers - 1000 tahun (kami mahu hidup)
Runut bunyi filem KAMI
HIMPUNAN lagu-lagu yang dipetik daripada filem KAMI dengan beberapa rangkaian lagu-lagu baru daripada beberapa kumpulan indie (bebas) termasuklah Meet Uncle Hussain, Dragon Red, Laila’s Lounge dan Telebury.
Lagu Mawar Khayalan nyanyian Laila’s Lounge telah dipilih sebagai single yang juga merupakan lagu tema filem tersebut yang bakal menemui khalayak Oktober ini.
Lima belas lagu dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem KAMI ini termasuklah lagu Pari-Pari Di Bawah Angin, nyanyian Meet Uncle Hussain dan lagu 1000 Tahun (Kami Mahu Hidup) (Butterfinger) yang kini semakin kerap mendapat putaran di radio-radio tempatan.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan adalah Riuh oleh Harmacy, K.A.M.I (Kerana Aku Masih Ingat)(Dragon Red), Hey Now (Couple), Hari-Hari Autistik (Meor), Guris (Twinheads), Stars Belong To Us (Telebury), This Is Our Year (Love Me Butch), Kamu (Sharidir), Going Into the Big Back hole (Bittersweet), Berong (Koffin Kanser), We Got Soul (The Aggrobeats) dan Secret Episodes (They Will Kill Us).
Diterbitkan oleh Monkey Bone, album ini dilancarkan seiring dengan penganjuran beberapa siri konsert Kami The Gig yang diadakan di seluruh negara bermula 28 Jun lalu dan berakhir 18 Oktober ini di Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Album: Kami Vol II – Pelbagai Artis Indie
Edaran: EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Arkib 20/07/2008 Utusan Malaysia Online-Hiburan
No comments:
Post a Comment